ITD Durian Fiesta 2026
21 Julai 2026 – Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Teknologi Maklumat (KSKJTM) telah menganjurkan program ITD Durian Fiesta 2026 bertempat di ruang legar Jabatan IT. Program yang bermula jam 4:30 petang ini telah mendapat sambutan amat hangat daripada seluruh warga IT Department (ITD).
Program santai ini dianjurkan sebagai medan untuk mengukuhkan tali silaturahim dan ukhuwah sesama rakan sejawat sambil menikmati keenakan Raja Buah. Majlis turut dimeriahkan dengan sokongan penuh daripada pihak Pengurusan, CIO, dan para Pengurus ITD.
Pihak KSKJTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga JTM yang hadir memeriahkan suasana serta bersama-sama menjaga kebersihan kawasan sepanjang program berlangsung.
Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar dalam diri setiap warga JTM.
Durian yang Sedap, Persahabatan yang Erat!
Created date: 01 Sep 2026 08:23
Updated date: 02 Sep 2026 02:29